Tuesday, June 14, 2011

Short trip to Lumut.

Last Thursday, I went back to Penang. The main reason balik adalah sebab nak settle kan buku akaun Tabung Haji yang duplicate tu. Khamis petang tu, Anis hantar kan to Stesen Bas Medan Gopeng. Ima and Zyker ada sekali. Sampai Stesen Bas, pergi beli tiket to Butterworth pukul 9 malam. Since awal lagi, so pergi la jalan-jalan Ipoh temankan Anis buka puasa.

Lepas makan Ayam Penyet, singgah masjid sembahyang Maghrib jap. Sembahyang tu kan wajib. hehe. Lepas tu, siap-siap nak gerak ke Stesen Bas. Bas pukul 9. Time tu dah pukul 8.30++ macam tu. Jeng jeng jeng. Guess what happened? Anis tertinggal kunci kereta dalam kereta. So, tak dapat lah nak buka. Lepas macam-macam ikhtiar, ada la orang masjid tolong.

Suggest macam-macam. Pecahkan tingkap segala bagai la. Last kali pakai besi jolok-jolok pintu tu. Sampai 3-4 orang jugak lah datang sampai lah berjaya. Alhamdulillah. Tapi dah tertinggal pun bas. Time sampai Stesen Bas dah pukul 10 cam tu. So, minta tukar tiket. Dapat pukul 11. Nasib baik tak kena beli baru. Baik akak tu. Awww.

Ok, nak cerita pasal trip to Lumut dengan family sebenarnya. Dah tajuk pun macam tu kan. hehe. The trip was short but fun. Dah lama tak spend time with family pergi vacation. So, this short trip ni pun jadi lah. Hari Sabtu, we all bertolak ke Lumut. Hotel belum book, konsepnya adalah redah dan berserah. Hihi. Spontan kan.


Orient Star Resort, Lumut.

Sampai pekan Lumut around 3-4pm macam tu, terus cari Hotel nak stay. Tup tup nampak Orient Star Resort yang we all dah search kat internet before datang. So, terus check in. Mahal jugak tempat ni, RM 215 satu malam. Cantik resort ni. Seaview, betul-betul sebelah pantai. Kalau tsunami datang, merasa lah. Yang tinggal adalah Double katil single. So sapu je lah. Katil single dia tak de lah kecil sangat. Muat je tidur dua orang.


Tunggu abah register for room

Lepas check in and tengok bilik, kami pergi Manjung for lunch. Kami makan kat Restoran Nasi Ayam Mama. Semua order Nasi Ayam special and 3 layer tea. First time order kat kedai makan, menu adalah same je semua. lol. 3 layer tea dia sedap. Nasi ayam dia portion ayam sangat besar tapi haram tak sedap pun. Bukan tak sedap, rasa biasa-biasa je. Tak layak la nama dia Restoran Nasi Ayam sebab Nasi Ayam dia kena lah rasa sedap kaw kaw.


Lunch at Restoran Nasi Ayam Mama


My brother, Dik Wan. Lain kan muka.

Malam tu, jalan-jalan pergi pekan Lumut and ambil angin tepi pantai. Berjalan je pergi pekan dari Hotel. Dekat je pun. Eventhough Lumut tak de la apa-apa sangat tapi it was pleasant. May be sebab dah lama sangat tak jalan-jalan dengan family kot. So, pergi mana-mana pun mesti fun. hehee.

Abah dok pot pet pot pet

Esok tu (Ahad), pagi-pagi lagi dah pergi breakfast kat Tiara Coffee House kat bawah Hotel. Makan macam-macam sampai nak muntah. Lepas breakfast, next agenda adalah berendam dalam swimming pool. Since tak pandai berenang, jadi mari lah berendam. Tapi kejap je pun, sebab segan lah. Budak-budak je yang mandi. Dah la diorang tu cekap gila swim. Haiyooo, mane korang belajar ni. Jeles aku tengok. Berbara je hati.


Time ni, budak-budak tu main kat tempat lain

Lepas tu, balik mandi kat room sebab habis satu badan bau klorin pool. Then, kemas-kemas barang nak balik UTP. Esok ada kelas. Before tu, singgah pekan Lumut lagi for final shopping. Mak beli baju. Kak Yong pun beli. Me and Wan, we both beli shorts. Mak yang belanja, so ambil lah satu. Abah sibuk beli ikan bilis, sotong kering semua.


Sempat dua beradik ni bergambar malam tu

Lepas lunch kat Taman Maju, Seri Iskandar, abah drop me at UTP. Maka, berakhir lah weekend and trip dengan family. Abah drive balik Penang. It was a short trip but yet it was so meaningful. Family is a dope to everything. Seronok dapat spend time dengan family.
Rugi Bang Jan tak ikut sekali.