Wednesday, September 30, 2015

Aussie Trip- Melbourne

Hello.. Nak share pasal my recent trip to Melbourne. Overall the trip was fun and went well as planned. Trip kami 5 hari. Dari 12 Sept sampai 16 Sept. 16 Sept tu cuti Hari Malaysia.. saje nak jimat kan annual leave hehe. Since trip kami 5 hari.. agak padat lah itinerary kitorng. Kami jenis yang suka nature so we plan pergi tempat2 yang close to nature. Errr.. tapi actually dh sampai sana baru tau muzek tak berape suka haha.. kesian muzek.huhu
Twelve Apostles at Great Ocean Road
Kami beli tiket masa bulan 5. Total untuk sorang dalam 1100 (return ticket). Tak ambik luggage pun sebab kami memang plan nak backpack jer. Nak dijadikan cerita, few months before fly, baru sedar yang passport aku hilang. Ahhhh gila tak stress. Kelam kabut lah nak buat passport baru. Kena pergi Imigrisen dekat Kementerian Dalam Negeri kat Jalan Duta untuk apply passport baru. Sebelum tu kena buat polis report. Ambik masa 7 hari untuk siapkan passport baru. Pheww lega gila sebab ingatkan ambik masa dalam berbulan.

Ok jom start cerita pasal trip ni. Kami pergi ni bulan September.. so baru habis Winter and nak start Spring. Suhu dalam belas2 jugak lah. The weather sangat nice. Sejuk je walaupun tengah hari and matahari terpacak. Ok itinerary kami macam ni. Kami ada 3 hari je full actually sebab pergi sana on first day dah ambik masa 8 jam perjalanan. Balik lagi 8 jam fuhh. So dapat utilise 3 hari je full. So padat jugak lah itinerary kami. 

First day (12 Sept 2015)- Stay ParkRoyal Hotel (Melbourne Airport)
Sampai Melbourne. Cari hotel and tidur. 

Second day (13 Sept 2015)- Stay Ibis Budget Melbourne City
Dandenong Ranges (naik Puffing Billy steam train)
Phillip Island (tengok penguin)

Third day (14 Sept 2015)- Stay Great Ocean View Motel, Apollo Bay
Werribee Open Range Zoo 
Twelve Apostles at Great Ocean Road

Fourth day (15 Sept 2015)- Stay Ibis Budget Melbourne City
Jalan2 dalam Melbourne City

Fifth day
Balik KL

View of Melbourne Airport from our room

Dekat Msia, kitorang book hotel untuk satu malam je dekat Apollo Bay (on the third day tu). Yang lain kitorang plan nak walk-in kat sana. Gile ambik risk kan haha tapi Alhamdulillah dapat hotel yang ok kat Melbourne. Cuma on the first day tu je haha. Dah sampai2 Melbourne Airport dah pukul 11.30 malam and kitorang actually tak tahu nak stay mana malam tu haha. Keluar2 airport ade la satu hotel ni.. ParkRoyal Hotel. Tapi hotel 4 star so rate paham lah. Sebab desperate and tak tahu nak pegi mana pun. Kalau ambik cab pun tak tahu nak suruh dia pergi mana. So kitorang decide lah stay dekat situ. Lagi satu sebab utama, sebab esok nak kena ambik kereta sewa dekat airport. Betul2 bawah ParkRoyal tu haa. So senang lah. Rate hotel tu AUD $320 per night. Kalau convert to Ringgit lebih kurang RM960 jugak lah huhu. Tak ingat bilik ape kitorang ambik tapi yang tu je yang tinggal dia kata. King-size bed and mmg besar and selesa for kami bertiga.

Kitorang dah book kereta sewa masa kat Msia lagi. Thru website jer.. VroomVroom.com (https://www.vroomvroomvroom.com.au/). Lawak lah nama dia VroomVroom lol. Ada banyak company. Kitorang ambik Avis. Price kereta ikut saiz and jenis kereta. Kitorang ambik Hyundai i20 (compact car). Price lebih kurang AUD $49 per day. Kitorang sewa for 3 days.. so lebih kurang AUD $150 tapi kitorang tambah GPS so total AUD $192 semua nya. Pukul 7 kitorang ambik kereta and kena bagi lesen. Yang bestnya, lesen driving Msia boleh pakai terus je. Tak payah nak buat international or separate license ke ape. Bagus kan. Senang urusan. Tapi make sure korang dah tukar lesen driving yang keras macam IC tu. Dorang bagi kereta lain. Holden Barina nama kereta tu. Tapi ok la nice car.. compact and senang drive. Kat sana right hand driver seat jugak macam kat Msia hehe so mmg senang lahh. 

Actually kan.. GPS tu tak perlu pun tak pe. Kitorang bukan pakai sangat pun sebab macam tak membantu pun. Cari location tak jumpe.. duh. Kitorang pakai Waze jer. Sangat membantu !! Nak drive mula2 tu cuak jugak la sebab kitorang tak add extra for insurance. Org AVIS tu kata kalau tak ambik insurance in case ape2 jadi macam kena langgar ke, kitorang kena bayar dalam AUD $3000 kot rasanya. Gila lahh. Was2 jugak nak ambik ke tak tapi last2 kitorang tak amik haha.. kena konfiden lah kiranye drive sepanjang 3 hari tu. Kitorang masing2 ada dalam AUD $700 je cash. Yang lain konon nya nak swipe kredit kad jer hoho. Tapi untuk bayar rental car tu aku bayar pakai kredit kad. Lagipun mmg dorang nak kredit kad rasanya sbb untuk toll charge nnti dia akan caj tu kredit kad tu. Toll kat sana tak macam sini. Toll dorang semua electronic. Every car macam ade scanner attached kat windscreen atas tu. Bile lalu mana2 tiang tol dia akan detect and charge terus ke kredit kad. Bawa laju mane pun dia akan detect sebab tak payah lalu toll booth mcm Smart Tag pun.


Ok cerita pasal second day punye itinerary. Dapat kereta tu.. set Waze ke Puffing Billy Belgrave Station and sampai awal dalam pukul 9 dah sampai haha. First train actually dalam 10.30 am. Tiket agak mahal actually.. dalam AUD $51.50 untuk pergi balik kalau tak salah. Tapi kitorang amik halfway je actually. Belgrave ke Lakeside jer. Train tu destination dia sampai Gembrook. Tapi sebab kitorang rushing, nak ke Phillip Island pulak lepas tu.. so kitorang ambik sampai Lakeside je. Kalau Gembrook sampai kol 5 baru sampai Belgrave balik. Kitorang ambik Lakeside tu, kol 1 dh setel. So just nice la nk gerak ke Phillip Island pulak nak tengok penguin naik pantai during sunset (6.30pm). I would suggest to ambik yang sampai Lakeside je sebab kalau lama sangat dalam train tu pun nanti boring jugak. We made a right decision actually and we felt glad haha sebab masa balik to Belgrave dari Lakeside dah rasa boring bila la train ni nak sampai ni haha. Mula2 je ok excited. 



Overall, Puffing Billy experience was nice laa. Naik keretapi steam antic lalu along Dandenong ranges hutan2 yg awesome. The view keliling tu semua cantik2. Hijau je. The air sangat fresh.. just right la sbb Msia tgh jerebu hikhik. Budak2 ramai. Yg best nyer bole sua kaki keluar dari coach tu. Mmg macam tu konsep dia hoho. Tapi nak duduk proper on seat kat dalam pun bole je. Lepas tu gerak pergi Phillip Island. Sebelum tu nk cari tempat nak lunch. Punya la susah nk cari tempat makan yg halal. Google2 jumpe la kilang coklat ni otw nak ke Phillip Island Penguin Parade.. nama tempat tu Pannys Phillip Island Choc Factory. Ade cafe kt dlm tu.. tapi masa kitorg sampai, makanan dh habis la pulak sebab makanan available sampai pukul 3 je. Kitorang sampai dlm 20-30 min je lewat. Perut dh mmg lapar gila tp nak buat mcm mane.. tahan je la. Then lepas tu google ade lagi satu tempat. Kedai Pizza halal, nama dia Jeronimos.. tapi malangnya kedai tu pun tutup. Under renovation. Aaaa frust gila kot. 


Penguin Parade. Waiting for the penguins from the open sea
Dah takde choice, trpksa la tahan and terus je pegi Penguin Parade tu. Kitorang sampai awal dalam pukul 5 mcm tu. Penguin dengarnye pukul 6.30pm baru dia naik pantai. Tiket nak tengok penguin dalam AUD $30. Kalau convert to Ringgit.. dalam RM90 hoho. Dalam pukul 6 dia lepas pintu and berjalan la pergi pantai and duduk dekat designated area yg dia susun mcm seat stadium menghadap pantai. Nanti penguin akan muncul dari open sea and naik pantai and tidur dekat situ. Yang tak bestnye dorg tak bagi ambik gambar penguin. Sebelum penguin tu naik je boleh ambik2 gambar. Tak pakai flash pun tak leh ambik.. tu yang tak paham tu. Banyak jugak penguin yg datang. They came in group. Satu2 group naik. Penguin ni saiz kecik2 je. Comel. Geram haha rasa macam nak peluk jerrr. Tp dorg cakap penguin ni tak jinak. pfttt

Balik dari Phillip Island, kitorang plan nak stay kat Melbourne City malam tu. On the way tu cadangnya nak singgah makan kat mana2. Singgah la dkat Mornington, small town je. Ade Nando's kat situ. Nando's dkat Aussie ade few outlets yg halal katanye. Malangnya lagi, Nando's tu dah tutup. Bukan Nando's je, semua kedai pun tutup. Baru pukul 9 mlm, perghh.. dh la lapar tahap gaban dah. Mmg hari yg malang lah kiranya haha. Tak cukup dgn tu, kitorang kena maki lg dgn bdak2 yg tgh melepak kt situ. They said something in foreign language sounds like "Ajimmah.. ajimmah". Cara dorg cakap macam jerkah, it was loud and bunyi mmg mcm not a good word. Mmg cuak and meremang kejap. Kitorg ape lg.Trus la blah cepat2 naik kereta and cau. My friend ade cakap some of Australians are racist lagi2 those yg stay dekat suburban.. small2 town nih. They are called Bogans.

Sampai Melbourne, kitorang Waze cari kebab pulak. Pheww lega gila dpt jugak makan. Dh pukul 11 lebih pun baru dapat makan hoho. Betapa susahnya nk cari makanan halal. Lepas tu cari hotel. Waze cari Ibis Budget kat Elizabeth Street. Alhamdulillah ade bilik kosong. Murah pulak tuu. AUD $ 89 jer for a night. Sorang bayar AUD $30 (dlm 90 Ringgit). Dalam bilik tu ade 4 katil (bunk bed). Kitorang 3 jer.. kalau ade 4 org, bahagi 4 lg murah. Bilik pun ok. Ade tv, aircond, toilet kt dlm lg. Igt kan ala2 backpackers and hostel.. toilet kt luar. Mmg worth la. Location pulak mmg tengah2 bandar. Mmg terbaik lahh. Hotel ni provide parking sekali tp with extra charge la kena add. Dalam AUD $30 per day. Tapi parking dia ok. Ade security semua and dekat dengan hotel. Ok la. Worth.




Third day, kitorang keluar lmbat sikit sbb penat semalam tak hilang lg. Plan hari ke-3 ni nak pergi Werribee Open Range Zoo and lepas tu ke Great Ocean Road. Great Ocean Road tu yg our main highlight for this whole trip sebenarnye hehe. Masuk zoo tu entrance fee dia dlm AUD $30++. Zoo ni jenis open zoo.. tu yg menarik. Kitorang naik bus tour pusing zoo tu n lepas tu baru berjalan masuk tempat2 yg bas tu tak lalu td. Ok laa zoo tu tp yang tak best sbb tak boleh pegang2 binatang dia. Igt kan macam boleh la nak pegang2 kangaroo or koala and selfie2 ke kan haha. Sedih jugak la sob2. Lepas tu pergi Great Ocean Road yeay. Perghh best kot sini. Otw ke sana view mmg cantik2. Nampak banyak lembu, biri2, kuda semua perghhh indescribable lah view dia. Rasa mcm kat New Zealand wlaupun bukannye prnah pergi NZ lgpun. hihi. Dh nk smpai Great Ocean Road tu nampak pulak view laut yg biru and batu2. Mmg amazinggg.

Kat Great Ocean Road, kitorang stop by dekat Twelve Apostles. Cantik and stunning view kat sini. Tambah pulak dgn weather yg sejuk and berangin. Tapi kitorang tak stay lame sgt sebab dh start nk hujan. Lepas puas ambik gambar and video kitorang pun gerak la nak check-in hotel kat Apollo Bay tu. Tempat tu nama dia Great Ocean View Motel. Bilik dia nice je and ade balcony. Bilik kitorang kat ground floor. Kalau kat tingkat atas mesti lg best sebab dpt tengok view laut clear sikit hehe. Tapi mmg nice lah over all.. recommended. Betul2 je tepi jalan and menghadap laut. Tak susah nak cari. Kitorang book siap2 masa kt Msia. Rate dia RM348 macam tu untuk 3 org per night. Tp actually ade 4 katil.. so boleh bahagi 4 actually. Murah jugak tuu. Tempat parking pun senang. 

Stunning kan. Macam drawing pun ade. Tengok depan2 lagi la lawa..
Cosy room for 4 at Grean Ocean View Motel
Nak dijadikan cerita, sebelum nak sampai hotel tu punya lah hazab haha.. bukan apa.. kitorang ikut direction Waze dari Great Ocean Road nak ke hotel tu.. sekali dia bg ikut jalan dlm hutan. Gila tak cuakk. Rasa mcm dlm movie horror jap. Tp mmg serius kitorang duduk tak senang kot. Lebih 10 km jugak la dalam tu baru la dpt keluar masuk jalan besar. Pheww lega gila rasa. Jalan dh la sempit.. ingat kan 1 way.. sekali bertembung dengan kereta lain pulak kauu.. nasib tak terbabas. Kalau accident or kemek, naya la nak bayar ribu riban tu. Dalam ringgit takpe jugak lagi. Sampai Apollo Bay, check in hotel tu and terus cari makan. Pehh kitorang kiranye makan proper sehari sekali jer. Kedai makan tu nama dia Iluka.. dekat Apollo Bay town. Comel je town dia. Best. Boleh la makanan dia. Aku order Burger Fish n Chip. Takut lak nak makan beef or chicken huhu. Kitorng siap tapau pizza nk bawa balik makan kt hotel haha tamak gila kot.



Nice seaview from the room

Nice kan rupa motel ni. That is our rent car tu.. Holden Barina
Dah tutup !! Hanya mampu ambik gambar T___T
Esok pagi tu check out hotel and gerak ke Melbourne City yeay. Kitorang dh book Ibis Budget kt Elizabeth Street masa second day tu. Tentative untuk second last day ni adalah shoppingggg ahaha sebab serius duit banyak lagi dlm tangan. Maybe sbb bayar kereta sewa pakai credit card so cash ade la lagi. Kitorang gi cari makan for lunch dulu. Ni satu kesilapan besar actually huhu sebab patutnya pergi Queen Victoria Market dulu pergi cari souvenir and brg ape yg patut. 


Market ni famous jual mcm2 brg, ala mcm Pasar Seni lah. Tp yg tak best dia tutup awal. Pukul 3 dh tutup. Lepas makan kt Old Town, kitorg pegi sana dorang dah kemas2 huwaaa takde rezeki lah nampaknye.. Pasrah ajer. Eh satu lg.. mcm tak percaya boleh jumpa Old Town kt sana haha terkejut jugak la tiba2 ade kopitiam Malaysia kt tgh2 bandar Melbourne. Mcm wow jugak la. 


Dapat makan nasi lemak kat Melbourne !! Tak sangka ade OldTown White Coffee kt sini

Anyway sbb souvenir punya pasal maka menapakk lah kitorng ke hulu ke hilir sesat sana sini. Maka nya selepas berjam2 jugak la kot haha.. jumpa lah tourist info centre ni yg jual mcm2 souvenir. Betul2 sebelah Flinder Street station. Malam tu dinner kat Nando's and chill2 keluar melepak merayap. Last night kan.. Muzek keluar dgn kwn dia yg kebetulan keje kt sana. Aku dgn Aznin merayap pegi riverside kat city dia yg famous dgn api waktu malam. Every 1 hour katanye.. akan ade api keluar dari tiang2 batu sepanjang river tu. Jakun jugak la sekejap. Tapi serius city dia waktu malam mati duh. Semua mall pukul 7 dah tutup. Mmg tak meriah la.. ade kedai2 makan je la yg buka yg bole lepak2 pun. Tak sempat nk shopping ape sgt pun pfftt. Ok esok last day tu.. maka berangkat lah kami meninggalkan kampung halaman. lol. Tapi rasa tak sabar gila nak balik Msia.. tak tawu la kenape. Betul la kata org. Hujan batu di negeri org, hujan emas jugak la di negeri sendiri. 

Overall.. the trip was fun. I love the weather. Chill jer and berangin sentiasa. The one yg I tak suka would be the people. Some are ok, friendly but some are rude.. like few incidents that happened to us. Anyway, cuma ade few regrets jer lah. Tak sempat membeli belah dkat Queen Victoria Market and tak dapat close up and ambik picture dgn Kangaroo and Koala. Huwaaa.. itu antara main objectives jugak tu actually haha. Tapi dh nasib sbb pegi zoo yg xdpt close up. Patutnye pegi wild life park dkat Phillip Islanf tu tapi tu lah xsempat lah. Satu lagi regret, takde gmbar dgn penguin huwaaaa.. sebab dorg xallow ambik gmbar penguin masa Penguin Parade tu. Itu ajer lah. Yg lain best !! View kat sana semua cantik2.. takde yang tak cantik. 

Monday, September 7, 2015

Hikhik

Hellooo.... this will be my first post for 2015 hikhik. Haha I don't know why I am still writing.. ke typing? err.. Time flies. September already maaa. It feels surreal. I am 26 this year. Wow. Big numbers there big guy. But I am not big. lol. Ok la.. till then. XOXO ;)