Wednesday, May 11, 2016

Candat Sotong @ Pulau Kapas

I know I left my blog idle lately. Thing is bile dah tua ni, I will only update when I feel like there is really something awesome and worth sharing jer. So having said that, my story here is awesomeee la that is why I gigih update ni. Hiks.


So on last weekend (7-8th May), I spontaneously joined this trip to Pulau Kapas, Terengganu for candat sotong anjuran GEMA Backpackerz Selangor. Aku sebenarnye memang dah lama teringin nak try candat sotong ni tapi macam selalu tak dapat nak join. Sebab takde kawan yg nak pegi la, takde ilmu la.. macam macam lah. Di takdir kan pada satu petang, accidentally terbaca tweet Bedaduz (kawan Tuya and Pie) pasal kononnya dia takde geng nak join for trip mencandat. Aku pun ape lagi terus lah tanye details macam2 and boom lepas bayar duit semua, terus lah confirm join. Excited ada, nervous pun ada. 

Sekali rupanya Bedaduz or aku panggil Badz ni ajak 7 kawan dia yg lain, sorang last minit tak dapat join, jadi 6. Mula mula tu macam risau alaaa dah la tak rapat sangat dengan Badz lepas tu dia ajak lg kawan kawan dia. Then dapat tau Naja ade (pernah jumpe pun sekali je), Pie and Keon (Gerik schoolmate) pun ade, so macam yeayy sikit. Sebabnye aku ni jenis yang reserved sikit, tak berapa gemar nak bersosial tapi tidak la smpai masam muka and tak bercakap langsung.

Geng yg me-riuh kan bas sepanjang trip haha
Then, I met other 2 friends of Badz, Zaidi and Aqeel. Both with their own personalities and personas. Gituh persona haha. Sorang doktor and sorang lawyer. Hebat2 tau makhluk ni. Thank god, semua satu kepala and boleh masuk.. so berhoorahh hoorah la sepanjang perjalanan itu. We sat at the back so riuh la buat bising semua. Ade kawan baru sat near to us, Izwar and Daus. Respek dengan dorang ni sebab melayan kitorang ber-6 merepek all the way haha. Kesian pun ada.


Bot legend kitorang. Kencana nama dia. Hindustan gitu nama. Nampak Kak Sarah semangat di situ 
To cut it short, sampai kat jeti Marang tu, ade sesi kenal kenal sikit then bahagi group. Kitorang semua pun terpisah la.. aku dapat satu bot dengan Naja. Bot kitorang 10 orang, yg lagi 9 memang tak kenal. Mula2 macam segan tapi lama2 ok je lepas borak2 dengan dorang. Semua sporting and friendly jer, so takde hal lah nak get along. Kitorang untung sebab dapat bot kayu, lagi 2 group naik bot fibre. Mula2 macam jeles sebab bot dorang laju tapi lepas tau yg bot tu lg senang dpt mabuk laut n tak klasik macam bot kitorang, terus rasa tak jeles hahaha.

Pakcik tekong solat maghirb atas bot
Memang serius lah kitorang beruntung gila dapat bot kayu tu siap dengan tekong kitorang memang cool giler lagi. Pakcik tekong tu umur dah 70 tapi steady and sempoi je layan kitorang bersembang. Memang terbaik lahh. Power. Selain Naja, aku satu bot dengan Mirul, Ash, Daus, Atikah, Kak Sarah, Kak Risya, Kak Nor and Una. Kak Risya, Kak Nor and Ash memang awal2 dah mabuk and tidur all night. Kitorang mula2 giveup jugak bile sampai tu sbb candat pun dapat dalam 10 ekor macam tu jer. Naja pakai joran and dapat sotong first yang besar. Gile excited tapi kejap je la.. lepas tunggu lama and aku pun tertidur jugak la sejam dua lepas tu terjaga lepas tu tertidur balik. Tengok jam setiap masa tengok still awal lagi. Haaa macam tu lah rutin atas bot selain candat n pancing. Bergilir gilir jugak semua orang pengsan haha. Malam tu meriah bintang2 kat atas langit. Siap nampak Milky Way lagi. Memang subhanAllah cantik ya amat. Bak kata Naja, rugi tak baring malam tu  atas bumbung bot tengok cakerawala. Betul ke eja cam ni.. entah la.

Sotong katak. Antara yang terbesar dapat malam tu. Ni tekong tu yg candat
Lepas dah memang rasa tak banyak dapat, tekong bot pun bawak la gi tempat lain yg banyak gilaaa sotong timbul and menari2 meriah macam pesta. Kat situ masa tu dah awal pagi, pukul 4 nak ke 5 camtu. Pehhh bayang kan kitorang awal2 sampai dalam kol 8 malam kat tempat candat sebelum tu. Punye la lama baru  rasa energetic balik. Masa ni masing2 terus aktif capai candat, joran, and sauk tangkap semua sotong-sotong ituhhh. In split of seconds, pehhh memang penuh bot dengan limpahan sotong2 kelahiran Terengganu. Memang terbaik. Sauk tu yang tak tahan haha. Geram sangat tengok banyak terus saukk. Ash semangat giler sauk haha terus hilang mabuk dia. 

Masa ni dah nak subuh tapi semangat lagi dok candat.. eh sauk. haha
Tapi tempat baru kitorang candat ni tak dapat sotong besar2 macam yang mula2 tu. Memang semangat gila candat sampai kitorang la bot last yang sampai jeti haha. Tapi ok la sebab bot kitorang yg dapat plg banyak sutunnn haha. Sunrise pagi tu lawa gila. Pehhh memang tak boleh nak describe. First time tengok sunrise kat tengah laut macam tu. Kitorang pun ape lagi, bersemangat la ambik gambar banyak2 siap panjat atas bot lagi. Demi view yg lawa. Selain aku dengan Naja, Daus and Mirul pun semangat haha macam2 pose gitu. Ye la memang masing2 excited. 


Sotong goreng freshhh nyum nyum dap dap !! Tq toki and ash goreng kann
Daus tibe2 mention pasal masak sotong fresh atas bot. Memang malam tu ade diskus pasal ni tapi tibe2 senyap balik sebab semua penat and busy ambik gambar. Lepas tu Tikah tanye nak ke goreng. Memang nak la kannn haha lepas tu haa siap kitorang pun makan la atas bumbung bot tu dengan view sunrise nyer pehhh mantap.


Enjoying sunriseeee atas bumbung bot
Sampai jeti kitorang siap mandi2, breakfast mkn nasi dagang lepas tu pergi Pasar Payang, singgah Keropok Losong and Masjid Kristal. Memang penat gilerr, rasa mcm tak nak keluar bas pun ade gak tapi gagah kan jugak la diri dah alang2 kat Ganu ni kan. I think this trip can be better kalau tak payah nak singgah tempat banyak sangat since the highlight pun candat sotong kan. Nasib baik tak sempat singgah Taman Tamadun Islam tu, kalau tak memang pengsan la. Temperature kat Masjid Kristal tu pulak dah la 40 degree kata abang jual aiskrim and ice blended tu. KL pun tak sepanaaaass ini okehhh. Sunblock mane sunblock haha. Padahal memang diri sendiri dah hitam dah punggg. Pung pun boleh. Kate Ganu.

Geng bot 1 yang serius awesomeee. Pakcik tekong pun sama awesome !!
Overall mmg best lah trip candat ni. Memang different la dari benda yg pernah buat sebelum ni. Dapat tengok keindahan tengah2 laut, bermalam kat laut sambil candat, dapat tengok bintang2 and Milky Way yg cantik. Selain tu first time jugak la solat atas bot and ambik wudhu guna air laut lagi tuuu. Alhamdulillah jugak tak mabuk laut and muntah macam kawan2 yg lain. Hujung2 nak balik tu ade jugak rasa tak sedap perut tapi under control lagi. Kesian kawan2 bot lain sebab dengarnye mmg ramai yg tumpas. Ye lah sebab dorang naik bot fibre, senang lagi terhuyung hayang. Kitorang bot kayu, berat sikit nak dipukul ombak tapi tu pun still rasa pening terhayun hayun kat tengah laut tu. 

Hasil candat sutunnn nyum nyumm dapat la bawak balik sorang sikit
Lain kali kalau ade lagi trip candat ni, nak lagi pergi. Lepas ni dah tau la apa nak prepare hehe. Headlamp yang beli kat DIY tu tak pakai pun last2 sebab spotlight bot tu dah terang semesta alammm dah. Memang terang nampak laut and isi isinya. Nampak air jernih je and nampak banyak ular laut, ikan todak, obor2 and even ikan yu pun. The sea is beautiful indeed and penuh dengan isi lautnya. One of the key takeaways jugak adalah ajal. If ribut ke jadi bayangkan lah what will happen to us kat tengah2 laut tu. Overall, it brings us closer to God and Almighty. Rasa lebih dekat dengan Allah and kagum dengan ciptaanNya. 

That’s all for the update of my candat trip. Hiks. Tetap ade hiks. Trademark okeh. Hiks kbye.

No comments: