Sunday, January 15, 2017

Esok satu hari lagi

Esok satu hari lagi
Alarm berbunyi tepat 6.35 pagi
Bingkas bangun menyembah Illahi
Disambar baju seluar digosok rapi
Berbaki masa berbaring sunyi

Alarm berbunyi sekali lagi
Dicapai tuala bergegas mandi
Bersiap siap kemas sekali
Keluar rumah menapak ke lrt

Perjalanan ke KLCC tidak lama
20 minit masa terus tiba
Pelbagai ragam orang dewasa
Bertolak tolak perkara biasa

Kadang kala menyampah juga
Tiada pilihan kugagahi jua
Drive sendiri tidak kemana
Dalam trafik tersangkut saja

Sampai dipejabat diberi salam
Maka bermula 8 jam yang panjang
Surat khabar diselak selak
Sambil jamah sarapan enak

Kerja dibuat harus teliti
Meeting dihadiri penuh dedikasi
Habis meeting sambung diskusi
Adakah ini apa yang ku cari

Waktu tengah hari senyum gembira
Tak lama tapi cukup bahagia
Menapak ke Wisma ataupun Getah
Makanan luar lebih murah

Kerja disambung solat tak lupa
Menyiap kerja menghitung masa
Kadang berjalan tika lapang
Singgah meja rakan bergosip panjang
Pukul 6 beransur lah pulang

Malam tiba terasa singkat
Pukul 11 harus berehat
Baru dapat ku lihat
Banyak masa habis dipejabat

Dan esok cuma satu hari lagi
Sampai aku lebih berani
Mengatur langkah melangkah pergi
Ku pasang azam tinggi
Untuk lebih berdikari

Banyak perkara harus diteliti
Tidak mudah sudah pasti
Tapi itu yang ku ingini
Untuk terbang lebih tinggi