Thursday, February 2, 2017

Sayang Mak Abah

Aku sangat bertuah.. punya abah dan mak yang sempurna. Cukup sempurna.

Duduk minum dengan abah satu petang sambil hirup teh petang. Aku balik Penang cuti sempena Chinese New Year. Abah bercerita tentang waktu dulu. Hidup susah. Aku hampir menitiskan air mata tapi aku tahan. Abah pendidikan tak tinggi. Kerja biasa biasa sahaja. Gaji tak seberapa. Abah pakai kereta second hand Toyota Corolla waktu tu dan sebuah motosikal lama juga second hand.

Kereta tu selalu rosak dan motosikal lah jadi penggerak utama. Abah kerja di seberang pulau. Berulang alik dengan motosikal lama. Seminggu sekali berulang hantar mak balik hostel di hospital naik moto. Gaji mak lebih banyak. Mak sangat bagus. Dari dulu dia pandai berjimat. Dia belikan abah motosikal baru. Honda EX5 bayar cash. Abah cakap mak banyak berjasa. Memang. Tak lama kemudian, dia beli kereta Kancil pinjam duit dari tok. Mak bayar cash kereta tu. Mak mula belajar memandu dan drive pergi hospital sendiri.

Kancil tu banyak berjasa. Sampai sekarang masih kuat. Aku kagum dengan abah dan mak. Hidup tak berhutang. Asal pakai apa yang mampu. Bukan seperti aku sekarang, baru kerja sudah beli Swift. Hutang 9 tahun bayar tak habis habis. Tahun 98, abah cerita mak keluar kan duit ASB untuk buat sebiji rumah yang kami tinggal sekarang. Banglo 148,000 harga dulu atas tanah sebelah rumah tok. Tak ada pakai loan. Bayar cash juga. Aku makin kagum. Mak.. kau sangat hebat. Masih muda tapi simpanan banyak.

Apa yang buat aku sebak. Adik beradik lain mungkin tak boleh nak hargai apa yang abah dan mak korban kan. Terlalu banyak. Sangat. Tak sanggup nak meminta apa apa lagi dari mereka. Sedih hati tengok mereka berkorban macam macam untuk kita. Boleh saja mereka masa muda pergi travel dan shopping untuk diri sendiri. Boleh saja mereka beli kereta yang mahal dan buat loan. Tapi mereka sederhana. Mereka bijak. Rumah juga yang mereka bina. 

Aku bangga jadi anak mereka. Aku bangga punya abah dan mak. Aku bangga ada parents yang hebat begini. Hidup susah masa dahulu untuk bersenang kemudiannya. Macam macam abah dan mak lalui. Aku doa supaya Allah balas jasa mereka. Berikan mereka bahagia hingga akhir hayat. Berikan mereka kesihatan panjang supaya dapat kami adik beradik balas jasa. Aku harap aku dapat jadi macam mereka suatu hari nanti.

Teman

Aku lantang kau diam
Banyak bicara jadi bisa
Kini teman jadi renggang
Sampai bila kita begini

Sudah lama pendam dalam
Akhir kali jadi berapi
Mungkin juga salahku sendiri
Tidak pandai jaga hati

Kita berbeza tapi dekat
Kau begitu aku begini
Selalu buat hal sendiri
Pedih hati 

Aku rindu kita yang dulu
Kembali lah teman..