Wednesday, December 7, 2011

Ya Rabbi

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Friday, December 2, 2011

Mari tonton filem yuh!


MISTERI JALAN LAMA


Acap feeling feeling misha omar kuseru. boleh?

PAPA I ♥ U


Haha nampak macam real hazmi masuk dalam poster. Sentap tak lisa.

PUSS IN BOOTS


Ni la yang dubbing suara Puss dalam movie ni kalau korang nak tau.
The Puss, unmasked. hahaha. ok. tak lawak

SONGLAP


Haa. yang ni feeling feeling berlari macam Shaheizy Sam dalam gambar
kat bawah tu. Lari bro lariiii.


Mari mari pergi panggung tengok wayang. Kena la beli yang original atau tengok kat cinema. Kena support industri filem ok. Mesej ini dibawakan percuma atas kesedaran yang tinggi.

Muahahaha. Tak de lah saje je sebab semalam terambik gambar banyak banyak kat poster filem. Anyway, tengok la Puss in boots. Funny and worth watching. Meooooowww~