Wednesday, December 7, 2011

Ya Rabbi

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Friday, December 2, 2011

Mari tonton filem yuh!


MISTERI JALAN LAMA


Acap feeling feeling misha omar kuseru. boleh?

PAPA I ♥ U


Haha nampak macam real hazmi masuk dalam poster. Sentap tak lisa.

PUSS IN BOOTS


Ni la yang dubbing suara Puss dalam movie ni kalau korang nak tau.
The Puss, unmasked. hahaha. ok. tak lawak

SONGLAP


Haa. yang ni feeling feeling berlari macam Shaheizy Sam dalam gambar
kat bawah tu. Lari bro lariiii.


Mari mari pergi panggung tengok wayang. Kena la beli yang original atau tengok kat cinema. Kena support industri filem ok. Mesej ini dibawakan percuma atas kesedaran yang tinggi.

Muahahaha. Tak de lah saje je sebab semalam terambik gambar banyak banyak kat poster filem. Anyway, tengok la Puss in boots. Funny and worth watching. Meooooowww~


Wednesday, November 2, 2011

Future careers. I don't have any.

Semalam dan hari ni ada Career Placement Week kat UTP. Event tradisi di mana para final sem students sibuk drop resume and attend the interview held by the respective companies macam Proton, Schlumberger, Volkswagen, Dell, Baker Hughes, Shell and lain2.

Honestly, talking about careers, future plans, goals in life and bla bla, I am so far behind. I'm in vague and clueless. Tak tau nak jadi apa, means what position to hold and apply all that. During final sem, we should have already plan our career path, what we want to do and what we want to be.

Well, I myself have fallen into the course I'm not intrigued. That's explain much about this bleak future plan that I still need to work on. A degree in Business Information System. Ok. I still need time to get myself used to it. Such a crap. Padahal dah bear 4 and half years with it.

Actually, I do hope to be employed by PETRONAS. Tapi it seems so hard and way too impossible. Tengoklah, senior yang dah grad pun still tunggu placement. Ini kan we all yang tak grad lagi. Such a fuss. Ability test PETRONAS dah ambik, now kena tunggu result and kalau lepas baru dapat called for Structured Interview.

I don't put much hope to be called for the interview since the ability test was so hard. The hardest test I could recall. Kalau dapat interview pun kena filter lagi. Aigoo, it's so hard to get employed and work with PETRONAS.

So tadi I've spread my resumes to some companies yang I'm interested. You know, as a backup plan kalau kalau tak dapat PETRONAS. Shell macam best tapi procedure pun susah jugak macam PETRONAS. Proton pun macam best jugak. They said Proton is willing to pay PETRONAS to have the students they want to hire. How cool is that.

Tapi for sure lah, it must the best one, yang worth they paid for. I don't think I could stand a chance. CGPA pun cukup makan 3.50. Kalau ada rezeki tu, ada la kan. Just work hard, try your best and leave it to Allah. Harap-harap dapat kerja yang best and suits me well. That's all I can hope for. InsyaAllah.


Tuesday, September 27, 2011

Take a break. Go thru this. Funny!

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah la pandai!
Murid : Betul la bodoh!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)


Tuesday, August 23, 2011

Serenity

Serenity; a word of tranquility. I miss this word.


I wouldn't know how to handle serenity if somebody handed it to me on a plate.
Dusty Springfield

Serenity is knowing that your worst shot is still pretty good.
Johnny Miller

Despair is the damp of hell, as joy is the serenity of heaven.
John Donne

Boredom is the feeling that everything is a waste of time; serenity, that nothing is.
Thomas Szasz

My quote:

~ When we spend time with the one we love, we are on our way to serenity. ~
Syafiq Izzat


Am searching for it...


It's Fluffy because it's so fluffy.

I never like cat. Even, when I'm typing this I still do. Honestly, I'm afraid it will bite and its claw looks pretty much intimidating. I know, it sounds nuts and not cool to say that. But yeah, cat is quite scary to me. It is like a mini tiger. It may look tame but who knows if it can harm people. Ok, drop it. I'm just being insane.

Ok, that was before. Now, I still feel unsafe but however it reduced much. Since when? Since I met this kitten named Fluffy. Yeahhh, I even gave him name. So not me. Fluffy is different than those aggressive cats. It's kinda behave and so of course, so fluffy. It's so fluffy I think I'm gonna die. Muahaha. But now, this kitten has gone. Puas cari tapi tak jumpa.




May be he's back to his owner kot. Sedih. I shall meet you again little guy becase you are the only cat who failed to scare me. LOL. So adorable, so cute, so fluffy.


Thursday, August 18, 2011

Mana mak?


Jam 6.30 petang. 
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 
Ayah baru balik dari sawah. 
Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang 
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?” 
Ateh menjawab, “Entah.” 
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?” Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomBor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kuih koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni.”
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamad. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi, tapi Uda kata semua tak berangkat.”
Mak minta Mak Uda telefon anak-anak untuk beritahu yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, ”Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci buat bekal.”
“Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Found this somewhere and I think I should share this for us to read. Jangan pernah abaikan mak. Tak guna menyesal kemudian hari.

Tuesday, August 16, 2011

Funny stuff


This is FUNNY! Btw, my name is not funny k. LOL!



Saturday, August 13, 2011

Final Year life


Let the pictures tell how colorful and flamboyant my final year study is.


















Terima kasih dear friends for the joy and everything.

Dean's List Award Buka Puasa Dinner

Honestly speaking, I'm not that clever or a scorer. I'm just an average type of student who always try hard to get good marks in exams. I believe everyone can succeed if they work hard. Kalau orang tu rajin berusaha, he surely will succeed. Orang yang pandai semuanya rajin. The keyword here is Rajin.

Since in primary school, I'm so passionate to score in term of test marks. Always try to get higher marks than previous test. I had this book which I wrote the test marks for every subject and from the records, I came out with graphs. Simply to see how is my performance. I even jotted down other people's marks, the top scorers in the class. So that I know, where is my position.

Now in UTP, the passion is still there tapi dah tak de lah sampai nak tulis every test marks and buat graf semua. Dulu foundation ada buat tapi bila dah start degree, dah stop buat semua tu. Kat UTP, my result sampai sekarang ni boleh la. Average je. Tapi alhamdulillah, syukur dengan apa Allah bagi.

I always remember my GPA even since foundation pun. For me, GPA is so important. It's a benchmark of our study and how good we are.

Foundation first sem : 3.57
Foundation second sem : 3.26
CGPA Foundation : 3.41

Time degree,
First year, first sem : 3.09
First year, secod sem : 3.58
Second year, first sem : 3.31
Second year, second sem : 3.46
Third year, first sem : 4.00
Third year, second sem : 3.60
Current CGPA Degree : 3.50

Last Wednesday, we have this Dean's List Award Buka Puasa Dinner for DL achievers for previous semesters. It was fun to gather with coursemates and taking pictures. The event was handled by Syntech juniors and it was quite bleak. Never the less, it ran smooth except for the cert's collection yang macam huru hara sikit with the light went off out of a sudden.










I hope to graduate with CGPA above 3.50. My current CGPA is just on the fence. Cukup makan!


Thursday, May 26, 2011

I love them banyak-banyak.


Can I talk about my parents? Wait. Do I need to ask?
It's my blog kan. So yeah, I can talk about anything I want. (boasting)
It is just a random topic cause suddenly I think about them.

A week semester break as expected was not enough.
I spent too little time with family. Too little time with friends as well.
So many plans can be executed if let say the break is for a month. Sad.

Ok back to the topic. Parents. I feel intimidated actually.
Because my parents are getting old as time passed.
I want them to be healthy as always. I just want them to see
what will I be once I graduated. The job I will be doing.

How my married life would be later on.
So many things I want to give back to them in return
of their endless love and support. I just need time and yes, I
am struggling with it now.

Can't wait to finish my study soon so that I can work.
I want to give some amount of money to them.
I want to bring them to vacations.
I want to buy beautiful stuffs for them.
I want to buy anything they want.

And I would always take care of them once they are not capable.
Like they did the same to me when I was young.

Abah, Mak. I want you guys to be proud of me.
Like I always proud of you guys. (Nangis laju-laju)
I love them a lot!



Love,
Your Thoughtful Son.